Salam..
29 Jun 2012...rasanya belum terlambat untuk ucapkan tahniah pada pasangan Irma Hasmie & Redza atas ikatan suci yang telah terjalin. (wahh..!! skemanya). harus aku akui..sepanjang 25tahun hidup, (tua da rupenye) inilah satu-satunya kisah pasangan yang paling menyentuh jiwa kalbu wanita aku.Erkk..ehehe..
Mana tidaknya, pertemuan jodoh mereka ni betul-betul menyedarkan aku tentang kuasa ALLAH SWT. Dilamar bakal mertua, bertemu depan Kaabah, kahwin tak perlu nak bercinta lama-lama bagai...Indah sungguh!!. Bagi Irma Hasmie yang kini menjalani kehidupan lebih baik berbanding dulu, moment indah mereka ni memang sweet sangat ok..! dah macam cerita novel gittu..
Percaya atau tak, wujud lagi rupanya jejaka yang punyai agama, rupa dan adap serta latarbelakang yang baik kat Malaysia nie kan.Mungkin satu dalam seribu. Kire pakej lengkap la. Sangat secocok and muka diorang pown seiraskan.Moga berkekalan. *nak jugaakk...*
Percaya atau tak, wujud lagi rupanya jejaka yang punyai agama, rupa dan adap serta latarbelakang yang baik kat Malaysia nie kan.Mungkin satu dalam seribu. Kire pakej lengkap la. Sangat secocok and muka diorang pown seiraskan.Moga berkekalan. *nak jugaakk...*
Walaupun aku tahu dah ramai yang tengok & upload video nih.. tetap tak peduli, nak jugak upload.
Sila terharu. *lap air mata*
" Dalam ramai-ramai kan depan Khabah, apa yang saya nampak.. Subhanallah.. saya nampak Irma dengan shawl warna merah..dan time tulah terdetiknya kenapa saya nampak Irma, saya jumpa Irma depan Kaabah.” –Redza Syah Azmeer.(Nampak tak betapa gigih aku jadi penulis skrip malam nih? terpikir tak bape kali aku ulang video tu??)
Moga Cinta kalian sentiasa dalam lindunganNya..Amin.
Indahnya rasa hati...
Doaku..semoga insan yang bernama suamiku kelak bakal memimpinku ke JannahMu YA ALLAH. Jika dia jodohku..Engkau berkatilah hubungan kami ini.HambaMu ini insan yang terlalu banyak khilafnya. Engkau bekatilah perjalanan hidupku ini supaya sentiasa dalam lindungan redhaMu.Amin..
No comments:
Post a Comment